Halaman

Rabu, 16 Julai 2014

Program Polis Bersama Komuniti di Sungai Bari 2014



Program "Polis Bersama Komuniti Sungai Bari" adalah program anjuran Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mendekati komuniti setempat dalam menyampaikan maklumat berkaitan bidang kerja kepolisan dalam membanteras kegiatan jenayah dan menjaga ketenteraman awam. Program sehari ini telah diadakan pada 28 Jun 2014 bertempat di perkarangan Masjid Kampung Sungai Bari, Setiu, Terengganu.

Penduduk didedahkan dengan gejala tidak sihat dan jenayah yang berlaku dikalangan mereka pada hari ini untuk sama-sama membantu pihak polis dan negara dalam membanteras kegiatan ini dari terus menjadi barah kepada masyarakat dan negara. Program turut disertai dengan jamuan makan ''gulai kawah'' yang ditaja oleh Solar Energy Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang melabur di Kawasan Perindustrian Sungai Bari untuk projek janaan solar.

Gambar sekitar program :-










Tiada ulasan: