Halaman

Rabu, 12 Mac 2014

Konspirasi Perang Dunia ke-3 Melalui Pesawat MH370

Jangan ambil serius teori saya ini.. maaf jika terlalu sensitif.. ini hanya teori, bukan fakta..



1) adakah Malaysia Airlines (MAS) merahsiakan perbualan antara perisik XXX dengan menara kawalan kepada kerajaan, rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia? kenapa nak rahsiakan?? adakah takut sebab kawalan keselamatan terlalu longgar? kenapa setelah sejam lebih pesawat hilang dari radar, tapi mereka masih lagi berkomunikasi dengan pesawat?? apa isi perbualan mereka??

2) radar untuk tujuan komersial tidak secanggih seperti untuk tujuan ketenteraan.. maka radar jammer dari pasar gelap sudah memadai untuk "menghilangkan" pesawat dari radar di menar kawalan subang

3) setelah "menghilangkan" pesawat dari radar, pesawat patah balik untuk ke destinasi XXX (destinasi ini saya tidak pasti di mana), pesawat terus berlegar di ruang udara malaysia, iaitu di kawasan banjaran titiwangsa selama sejam lebih sambil masih lagi "berunding" dengan menara kawalan..

4) kenapa pertahanan malaysia tidak dapat kesan pesawat itu ketika berlegar di udara banjaran titiwangsa? kerana di situ pertahanan udara kita paling lemah..

4) rundingan dengan menara kawalan gagal setelah 2 jam lebih.. perisik XXX putuskan hubungan dengan menara kawalan di subang.. perisik XXX terus menerbangkan pesawat ke lokasi XXX

5) saya gunakan istilah "perisik" kerana hijacker ini bukannya pengganas, tapi seorang perisik dari negara XXX (antara kuasa besar dunia).. sebab itulah sehingga sekarang tiada pengakuan dan tuntutan di media massa.. semua rundingan adalah secara tertutup antara pemimpin negara kuasa besar..

6) ketika pesawat bergerak ke lokasi XXX, perisik tiba-tiba menukar laluan, dan pesawat didapati terbang di selat melaka, menuju ke utara (thailand).. ketika ini, radar pertahanan udara malaysia dapat mengesan kehadiran pesawat asing ini (kerana pertahanan udara malaysia di selat melaka adalah lebih baik dari di pantai timur dan banjaran titiwangsa)..

7) tetapi pihak pertahanan masih lagi clueless tentang rampasan ini, kerana pihak menara kawalan TIDAK PERNAH MEMAKLUMKAN KEPADA KERAJAAN DAN KEMENTERIAN PERTAHAAN

8) pesawat terus menuju ke thailand.. thailand dapat tahu dan terus memaklumkan kepada seluruh ketenteraan mereka, termasuk pangkalan udara milik amerika di thailand (lokasi rahsia)

9) ketika pihak thailand cuba menghubungi pesawat MAS tersebut, perisik XXX cuba menipu dengan mengatakan pesawat mereka tersesat..jet amerika cuba intercept dan tembak pesawat, tetapi perisik XXX cuba berunding dengan amerika dn thailand

10) bersambung (kalau tidak kena ban) 


________________________________________
sambungan imaginasi saya.. bukan fakta, cuma 100% imaginasi.. untuk isi masa lapang je:

11) ketika rundingan di nanning, kerajaan malaysia TIDAK TAHU MENAHU pasal ini.. rundingan hanyalah melalui negara XXX, YYY, ZZZ dan mungkin beberapa negara lain

12) pihak MAS baru maklumkan kepada umum pesawat MH370 hilang setelah benar-benar pesawat itu disahkan tidak mendarat di beijing (jam 7 pagi lebih).. kenapa lambat sangat nak sahkan MAS?? kamu ingat perampas itu main-main ke??

13) ketika ini barulah kerajaan malaysia maklum dan seluruh dunia gempar dengan berita ini.. akibat kurangnya maklumat dari pihak MAS (pesawat tiba-tiba hilang, tak ada sebarang petanda) maka kerajaan mulakan SAR agak lambat..

14) saya tidak pasti sampai bila baru pemimpin negara malaysia dimaklumkan perkara sebenar oleh negara XXX,YYY dan ZZZ.. DS Najib cuma mengikut arahaan dari negara XXX, YYY, dan ZZZ untuk kumpul keluarga mangsa, cari di situ, cari di sini, buat itu buat ini.. tapi rasanya sekarang mereka sudah dimaklumkan..

15)TIADA APA-APA YANG BERLAKU DI LAUT CINA SELATAN.. tiada.. semua penemuan kononnya debris, tompokan minyak, claim dari navy negara XYZ kononnya dah jumpa bangkai dll adalah..... saya tidak pasti dan tidak berani nak buat andaian.. yang pasti negara2 kuasa besar dah hantar armada ketenteraan mereka di kawasan yang kononnya tempat pesawat terhempas

16) malaysia serta negara lain yang "tak tahu apa-apa" meneruskan usaha mencari.. ketenteraan kita BARU PERASAN mereka pernah kesan satu pesawat asing di selat melaka (adakah saya yang ingatkan mereka hahahaha) maka mereka terus membuat pencarian di selat melaka, kerana andaian mereka di situlah kali terakhir malaysia mengesan pesawat itu

17) sambungan (apa rundingan di nanning?)

18) ketika jet amerika hampir memintas pesawat MAS di thailand, perisik XXX berunding dengan negara amerika agar "melepaskan" pesawat itu dan memaklumkan pesawat itu adalah pesawat komersial dan mengandugi 200 lebih penumpang

19) amerika bersetuju, mungkin ada yang pelik mengapa USA boleh bersetuju dengan mudah.. ini kerana perisik itu BUKANNYA PENGGANAS tetapi dari negara XXX.. pihak amerika memaklumkan kejadian ini kepada negara XXX, dan negara XXX mengesahkannya..pada mulanya amerika demand pesawat itu mendarat di thailand, tetapi akhirnya terpaksa akur permintaan perisik XXX untuk mendarat di nanning.. kenapa nanning?? saya belum mahu hurai lebih lanjut..

20) dipendekkan cerita, ketika mendarat di nanning, sepatutnya pendaratan MH370 di nanning dirahsiakan, tetapi terbocor juga oleh beberapa orang pegawai lapangan terbang yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang pendaratan cemas ini serta MISI RAHSIA negara XXX.. akhirnya cerita pendaratan pesawat MH370 di nanning berjaya diputarbelitkan sebagai hoax

21) apa isi rundingan?? mengelakkan PERANG DUNIA KETIGA

22) bersambung
saya ingin meminta maaf terlebih dahulu.. semua ini hanyalah fantasi.. ini kerana saya sangat berharap para penumpang pesawat MH370 masih selamat.. amin..

23) ketika rundingan, negara XXX mengugut untuk melancarkan perang dunia ketiga seandainya misi mereka ini dibocorkan.. negara YYY, ZZZ dan beberapa negara lain (saya yakin malaysia tidak terlibat dalam rundingan ini) terpaksa bersetuju

24) jadi, apakah sebenarnya tujuan pesawat itu dihijack?? sebenarnya hijack itu hanyalah backup plan dari perisik XXX seandainya identiti dan operasi beliau berjaya dikesan oleh perisik dari negara lain yang turut sama berada di dalam pesawat tersebut.. semalam saya ada dedahkan salah satu nombor passport perisik iaitu YA3189197, nama pemilik passport ini ialah luigi miraldi, tetapi didapati passport ini adalah passport curi (cepat sungguh negara mereka tutup cerita)

25) saya ada terbaca berita dari china, di mana ahli keluarga cuba hubungi telefon bimbit salah seorang penumpang pesawat, dan berjaya, tetapi tidak diangkat atau disahut.. ya, memang la, sebab pihak negara XXX lupa nak off henset mamat tu setelah dirampas..

26) (imaginasi saya sahaja) - pada mulanya, pihak yang berunding berusaha untuk cari jalan untuk tutup cerita rampasan ini untuk kepentingan bersama.. mereka cuba membawa ahli keluarga terdekat penumpang untuk berunding di satu tempat rahsia (kemungkinan di nanning).. antaranya, mungkin penumpang yang terlibat terpaksa dipalsukan kematian mereka, dan pihak yang berunding akan cuba untuk membuat seolah-olah pesawat itu benar-benar telah terhempas, tetapi banyak kali kantoi.. banyak kali mereka terpaksa trik balik statement..

27) insyaAllah, sama-sama kita doakan mereka semua masih hidup..


________________________________________

Ini satu lagi berita yg aku baru dpt. Tujuan negara xxx mengancam utk melancarkan perang dunia ketiga sbb salah satu negara bawah jajahannya nak keluar dari jajahan dan merderka/memerintah negara sendiri. Masalahnya, kebanyakkan org cerdik pandai lahir dr negara tersebut. So, jika negara tersebut keluar, maka negara xxx akan megalami kerugian aset yg sgt besar. Disebabkan itu, diorang merancang hijacking ini sbb dlm pesawat itu terdpt warga negara yg berkenaan. Tujuan utk dijadikan sbgai tebusan dan meminta campurtangan negara besar yg lain bg tujuan rundingan utk mengelakkan negara tersebut dr merdeka. So, negara kita hanya mangsa keadaan dan menjadi kambing hitam dlm pertelagahan kuasa besar ini. Apa2pun, ini hanyalah sebuah teori dan sembang mulut ke mulut. Tiada bukti yg sahih utk teori ini. Cuma ianya boleh diambil sbgai salah satu dr seribu sbb kemungkinan yg mungkin terjadi terhadap MH370. Apa2pun, marilah kita terus berdoa semoga Allah melindungi penumpang dan crew MH370 dan permudahkan pencarian bangkai kapal terbang jika mereka betul2 terhempas. Insya Allah.

Ahad, 9 Mac 2014

Breaking News!!! Highlights of Malaysia Airlines MH370 Air Crash 2014

Ini adalah gambar PALSU, tolong jangan menyebarkan berita palsu.
Najib Razak, Muhyiddin Yaasin dan Hishammudin bersama keluarga penumpang dan crew pesawat MH370.

Hishammuddin bersama keluarga penumpang #MH370
Ketika negara sedang risau untuk pesawat MH 370, mereka sedang berusaha untuk mengadakan perhimpunan haram untuk Anwar Ibrahim.
Ni yang dikatakn x sensitif.. dia ingat semua dlm kapal tu 100% undi BN...
Najib Razak dan Muhyiddin Yassin bertemu dengan ahli keluarga penumpang pesawat MH 370 di KLIA.
Apa benda ini ? Najib Razak dan angkatan tentera Malaysia dibantu oleh negara negara ASEAN, CHINA dan Amerika Syarikat, mereka sedang berusaha untuk mencari pesawat MH370 dan ada rakyat Malaysia yang mengeluarkan kenyataan BODOH seperti ini, mak bapa kami tak pernah ajar kami untuk FITNAH macam ini.
Kami rasa sangat terharu dengan sokongan dan doa dari penonton perlawanan Pahang dengan ATM yang berlangsung tadi. Sebelum perlawanan mereka diminta bertakafur selama seminit untuk mendoakan kesejahteraan penumpang pesawat MH370.
Pasangan pengantin baru, Zamani Razahan Mohd, 23 dan Norli Akmar Hamid, 33, adalah antara 38 penumpang MH370 Malaysia dilaporkan hilang. Pasangan itu dipercayai ke Beijing untuk berbulan madu.
Lihatlah bagaimana mereka menghina keluarga penumpang pesawat MH 370. Hentikanlah ini, tolong hormati mereka.
Ketika negara sedang berusaha untuk mencari pesawat MH 370 yang hilang, mereka tanpa sebarang perasaan sedih untuk keluarga mangsa terus mempolitikkan isu ini. Admin sedih apabila ada rakyat Malaysia yang sanggup mempolitikkan isu ini.
Antara ahli keluarga penumpang pesawat MH370 menenangkan satu sama lain.

Najib Razak menenangkan ahli keluarga penumpang pesawat MH370 dan berharap agar mereka tabah menghadapi dugaan ini.
Kapten pesawat MH370 Kapten Zaharie Ahmad, 53 dan Co Pilot, Fariq bin Ab Hamid, 27

Barrack Obama, Presiden China, PM Singapore & beberapa pemimpin serantau mlahirkan simpati &mnawarkan pertolongan dlm usaha mcari pesawat MAS yg hilang tapi ada segelintir warga negara kita,mjadikan insiden ini sbg lawak jenaka & modal politik..sungguh malang ada warganegara seperti ini.


Sabtu, 8 Mac 2014

Malaysia Airlines MH370 - VTV Mengesahkan Pasukan Penyelamat Vietnam Menjumpai 2 Tompokan Tumpahan Minyak di Laut China Selatan

Agensi berita Vietnam VTV melalui wartawannya yang turut terlibat dalam kerja operasi dan menyelamat tersebut iaitu, Quanh Anh (Wartawan VTV International Vietnam) mengesahkan pihak penyelamat Vietnam telah menjumpai 2 tompokan besar tumpahan minyak di perairan Laut China Selatan terletak 120km ke selatan pantai di wilayah Ca Mau, jarak diantara dua tumpahan minyak itu adalah sejauh 500 meter dan terletak begitu hampir dengan laluan perairan antarabangsa. Namun beliau tidak mahu menyatakan lebih lanjut mengenainya kerana pihak Malaysia Airlines belum mengesahkanya. - Quanh Anh

Kawasan yang disyaki tempat pesawat MH370 berada.


A Boeing 777 from Malaysia Airlines has been missing between Malaysia and Vietnam for about 12 hours. Flight #MH370 took off from Kuala Lumpur at 16:41 UTC time and disappeared from www.flightradar24.com at 17:20 UTC time.

At 23:24 UTC time Malaysia Airlines published a press release that aircraft has lost contact with ATC at 18:40 UTC (after 2 hours). This incorrect time report made media speculate all night about a crash in the jungle somewhere between Vietnam and China.

It took 11 hours until about 03:00 UTC until a search and rescue operation was started in the area of Gulf of Thailand where Flightradar24 reported lost radar contact.

It feels very frustrating that the incorrect reports of lost contact after 2 hours has made that Flightradar24 data of lost contact after 40 minutes, has been ignored for so many hours.

Playback of flight MH370: http://www.flightradar24.com/data/flights/mh370#2d81a27

Senarai Krew Dalam Penerbangan Malaysia Airlines MH370 - List of MAS Crews


Gambar Terakhir Pegawai Kanan Pesawat Malaysia Airlines MH370 Sebelum Terhempas


Inilah wajah pegawai kanan pesawat Malaysia Airlines MH370, Fariq Ab. Hamid, 27 tahun dalam pesawat Boeing B777-200 MAS penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang dari radar pada pukul 2.40 pagi tadi. Beliau merupakan anak Kelantan. Sama2 kita mendoakan semoga semua nya selamat.