Halaman

Rabu, 16 Julai 2014

Majlis Berbuka Puasa Kampung Sungai Bari 2014/1435 Hijrah

Sekitar Majlis Berbuka Puasa yang diadakan pada 15 Julai 2014 atau bersamaan dengan 17 Ramadhan 1435 Hijrah.



Majlis Iftar peringkat Kampung Sungai Bari ini diadakan di Masjid Kampung Sungai Bari, dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Sungai Bari dan JKKK Kampung Sungai Bari dengan kerjasama penduduk kampung yang sama-sama menyediakan juadah berbuka puasa secara gotong royong.



Penduduk kampung tanpa mengira peringkat umur telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini yang telah menjadi acara wajib di Kampung Sungai Bari pada setiap tahun ketika tibanya bulan Ramadhan. Selain dapat mengimarahkan masjid dengan amal ibadat di bulan Ramadhan yang mulia ini dengan melakukan solat sunat tarawih secara berjemaah selepas berbuka puasa bersama-sama, program seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan silatulrahim kita sebagai saudara semuslim.



Permuafakatan sesama kita sebagai warga Sungai Bari juga dapat diterapkan sebagai penerus kepada jalinan ukhuwah yang sedia terjalin sebagai warga yang hidup berjiran. Semoga ikatan mulia ini terus subur memayungi semua warga Sungai Bari dari generasi ke generasi seterusnya.. Amin!!!

''Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus''
''Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing''
''Muafakat Membawa Berkat''...

Majulah Sungai Bari.. ''Membangun Bersama Industri''

Tiada ulasan: