Halaman

Khamis, 17 Julai 2014

Pesta Wau Sungai Bari 2014

 
Pesta Wau Sungai Bari 2014 adalah pertandingan wau tradisional tertutup peringkat kampung yang pertama kali diadakan di Kampung Sungai Bari, Terengganu. Dianjurkan oleh AJK Pemuda Kampung Sungai Bari dengan kerjasama oleh JKKK Kampung Sungai Bari iaitu En. Roslee Bin Awang. Untuk penganjuran kali pertama ini, penyertaan hanyalah terbuka kepada penduduk Kampung Sungai Bari dan Kampung Langkap Baru sahaja yang tidak dikenakan sebarang bayaran.

Terdapat empat kategori wau naik yang dipertandingkan iaitu :-
-* Wau Bulan
-* Wau Barat
-* Wau Kekek
-* Wau Bebas

Pertandingan diadili oleh pengadil jemputan dari Langkap dan diadakan pada 13 Jun 2014 selepas solat Jumaat bertempat di tapak Kawasan Perindustrian Sungai Bari, Setiu, Terengganu.

Gambar sekitar pertandingan :-


















Tiada ulasan: