Halaman

Jumaat, 27 September 2013

Cerita Orang Kita 1 - Abang Ee Orang Kuat Kita - Rosli Awang.

Rosli Bin Awang, itulah dia nama wira Kampung Sungai Bari yang sentiasa menjadi penyelamat kepada setiap permasalahan penduduk kampung. PEMBABITANYA dalam UMNO sejak berusia 15 tahun lagi dengan mengikuti pelbagai program yang dianjurkan tetapi disebabkan umurnya masih muda ketika itu dia tidak dapat menjadi ahli UMNO sehinggalah usianya 21 tahun.
Rosli Bin Awang, Pengerusi JKKK Sungai Bari, orang yg paling berpengaruh dan dipercayai dalam membuat keputusan di Kampung Sungai Bari.

Rosli Bin Awang, 51, dari Kampung Sungai Bari, Setiu atau lebih dikenali sebagai Abang Li menjadi semakin aktif selepas menjadi ahli UMNO di kawasanya dengan memegang beberapa jawatan dalam pertubuhan itu termasuklah menjadi Bendahari UMNO cawangan selama lapan tahun.

Setiausaha UMNO selama lima tahun, Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) bermula 2004 hingga 2011 dan menjadi Pengerusi JKKK sehingalah sekarang. Selain itu dia juga Yang Di
Pertua (YDP) Sekolah Kebangsaan Batu 29 selama enam tahun bermula 2007 serta Pengerusi Masjid selama lebih 10 tahun. “Saya suka berkhidmat untuk masyarakat kerana itu saya memegang banyak jawatan yang dilantik oleh penduduk.
"Semua itu saya lakukan dengan ikhlas dan jujur ,” katanya yang mempunyai hubungan erat dengan penduduk di kampungnya itu.

Rosli berkata, sejak di memegang jawatan Pengerusi JKKK, dia sudah menyelesaikan pelbagai masalah penduduk antaranya ialah membaikpulih rumah yang uzur, membantu penduduk mendapatkan rumah PPRT dan menyelesaikan beberapa masalah lain.
“Sebanyak 10 buah rumah sudah berjaya diubahsuai manakala enam buah rumah PPRT sudah dibina di kawasan saya sejak saya menjawat jawatan itu. Saya gembira kerana usaha saya menyelesaikan masalah mereka tercapai,” katanya.


Rosli Awang sedang berbincang dengan seorang penduduk.

Menurut Rosli, dia kini sedang berusaha untuk mendapatkan tanah bagi membina lebih banyak rumah mampu milik di kawasan kampungnya kerana terdapat masih ramai golongan belia yang berumahtangga masih menumpang di rumah saudara-mara ataupun menyewa.

“Kawasan tanah sudahpun dikenali pasti, perkara itu sudahpun dimaklumkan kepada YB, Insya Allah beberapa rumah mampu milik akan dibina tidak lama lagi di kampung ini, itulah usaha saya yang utama,” kata bapa kepada enam anak itu.

Remaja maut merempuh babi hutan

Setiu: Pelajar 13 tahun mati di tempat kejadian selepas dia terhumban dari motosikal yang ditunggangnya selepas melanggar babi hutan yang melintas jalan secara tiba-tiba dan mangsa yang terbaring diatas jalan dilanggar pula dari belakang oleh dua lagi motorsikal yang melalui jalan yang sama.


Kejadian itu berlaku di Jalan Kampung Pelong - Sungai Bari berhampiran Kampung Merbau Menyusut, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, Muhammad Amir Ramadan Yunus dan rakannya, Muhammad Syafik Kamaruddin, 13, dalam perjalanan ke SMK Langkap.

Seekor babi hutan kemudian tiba-tiba melintasi jalan dan motosikal yang ditunggang Amir hilang kawalan kerana tiada masa untuk mengelakkan daripada motorsikalnya merempuh babi hutan tersebut.
Ketua Polis Trafik IPD Setiu, Alias ​​Hashim berkata kedua-dua pelajar telah tercampak dari motosikal mereka selepas berlanggar dengan haiwan itu.


"Pada mulanya, kedua-dua remaja jatuh dari motosikal mereka selepas merempuh babi hutan. Ketika mereka masih terbaring di atas jalan, motosikal lain datang kepada mereka dan merempuh Amir."
Alias ​​berkata, motosikal yang merempuh mangsa ditunggang seorang remaja 17 tahun iaitu Ahmad Mustaqim Mohammad.
Mustaqim ialah seorang pelajar Tingkatan Lima di SMK Chalok.
Beliau sedang dalam perjalanan untuk menghantar adiknya, Muhaimim Mohammad, 16, yang juga bersekolah di SMK Langkap, kata Alias.
Beliau mengesahkan bahawa Amir meninggal dunia di tempat kejadian, sambil menambah bahawa kedua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala.


Kedua-dua remaja adalah dari Kampung Payung Baru, di sini.
"Jenazah Amir telah dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat," kata Alias.
Beliau menambah bahawa Mustaqim dan Muhaimim hanya mengalami kecederaan ringan dari kejadian itu.
"Mustaqim dibebaskan selepas kenyataan beliau direkodkan."
Alias ​​berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber :- Bernama, 7 Mac 2013.