Tuala wanita tradisional jenis kain yg lebih terjamin keselamatannya.
Dulu masa zaman nenek moyang kita, istilah tuala wanita ni memang tak pernah ada pun. Kalau datang bulan, guna cara tradisional jer samada pakai kain batik yang dipotong kecik-kecik atau yang lebih advance skit guna tuala good morning. Tapi bila zaman dah berubah, istilah tuala wanita menjadi pilihan wanita zaman sekarang. Saya masih teringat lagi sewaktu kecil. Kakak saya mintak tolong belikan SANITA kat kedai. Saya tanya dulu kakak, “SANITA tu apa?”. Kakak kata “Pak Kanu kat kedai tu mesti tau punyer. Suruh dia bungkus dengan kertas surat khabar tau”. Saya pun tak banyak tanya, ikut sahaja apa yang kakak suruh. bila tiba di kedai baru la saya tahu SANITA tu apa, rupanya tuala wanita. Harga cuma RM10 tapi masa tu kotaknya besar berbanding sekarang ni.
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa tentang kandungan sebenar yang terdapat di dalam sanitary pad ini. Memang la, bukan kerja kita untuk kaji lebih mendalam pun bagaimana pembuatan tuala wanita pakai buang ni. Kita hanya pengguna yang mendapat servis sahaja. Jadi saya akan berkongsi dengan anda tentang tuala wanita yang dijual dipasaran sekarang.
Sebenarnya, tuala wanita yang terdapat di pasaran bukanlah 100% kapas. Sebenarnya ia dihasilkan dari serbuk kayu pulpa yang dilunturkan menggunakan beberapa jenis bahan kimia sehingga bertukar menjadi warna putih. Nak tukar dari warna asal kepada warna putih, suci dan bersih adalah menggunakan agen peluntur yang kuat termasuklah yang dipanggil Klorin. Jadi belum tentu kesemua bahan kimia yang digunakan dalam proses pelunturan tadi hilang. Berkemungkinan besar masih ada yang tertinggal pada serbuk kayu tadi sebelum digembur untuk menaikkan rasa gebu yang mana seakan sama fungsinya seperti kapas. Apabila kesemua proses telah selesai, syarikat-syarikat tuala wanita akan mengambil bekalan tersebut untuk dipatenkan sehingga menjadi tuala wanita yang ada sekarang. Kalau di dalam televisyen, di dalam iklan tuala wanita yang menceritakan tentang design terbaru, bentuk yang fleksibel dengan aliran udara dan bermacam-macam lagi. Sama juga dengan lampin bayi pakai buang yang dijual di pasaran serta lampin orang tua. Konsep dan cara pembuatan adalah lebih kurang sama.
Zaman sekarang ni, kaum wanita dah mula menggunakan tuala wanita seawal umur 10 tahun. Jadi, tidak hairan kalau seawal usia begini, kaum hawa dah mula terdedah kepada risiko jangkitan penyakit atau kuman tanpa disedari. Bahan-bahan yang ditinggalkan di dalam tuala wanita tadi akan menyerap masuk melalui kemaluan wanita (faraj) terus ke saluran peranakan. Jadi tidak hairan la kalau seawal usia 30′an, wanita telah mula dijangkitan penyakit seperti kanser rahim, kanser serviks, barah payu dara dan bermacam penyakit lagi. Antara faktor penyebab adalah penggunaan tuala wanita. Kesan sampingan yang ditunjukkan bukan dalam masa 2 atau 3 hari tetapi memakan masa bertahun lamanya nampak kesan sampingan.
Sebagai pengguna yang mementingkan kesihatan, pemilihan produk yang berkualiti amat dititikberatkan agar memperolehi kesejahteraan hidup yang berpanjangan. Saya tidak memaksudkan yang tuala wanita yang terdapat di pasaran adalah tidak bagus untuk digunakan. Apa yang saya cuba terangkan adalah, kita memerlukan produk yang boleh“recover” semula kesan penggunaan tuala wanita biasa ni. Penyakit datang dalam hidup kita melalui pelbagai cara tanpa disedari. Kalau hari-hari kita gunakan produk kitar semula, potensi untuk berpenyakit adalah tinggi.
Sekian untuk renungan bersama.. (Available For Share) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan