Halaman

Selasa, 22 Julai 2014

(Gambar) - Mayat Mangsa Nahas MH17 Di Dalam Gerabak Keretapi

GERABAK yang menjadi tempat simpanan mayat mangsa tragedi MH17 yang diletakkan di stesen Torez, timur Ukraine.








Mayat mangsa tragedi MH17 kini disimpan di dalam tiga gerabak kereta api yang dipercayai mempunyai keupayaan sejuk beku di stesen kereta api di Torez beberapa kilometer dari tempat kejadian di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

The Guardian menyaksikan ketibaan delegasi Pertubuhan Kerjasama dan Keselamatan Eropah (OSCE) iaitu badan pemantau antarabangsa untuk memeriksa gerabak tersebut, sambil diiringi konvoi tentera pemberontak yang sarat dengan senjata.
Sebaik salah sebuah pintu besi gerabak dibuka kelihatan beg-beg hitam yang mengandungi mayat manakala bau mayat menusuk hidung.

"Misi pemantau khas yang sudah tiga hari menguruskan insiden tersebut kini memantau lokasi di masa mayat-mayat disimpan di dalam tiga gerabak, " kata timbalan misi , Alexander Hud.
Jurucakap misi, Michael Bociurkiw menambah: "Tanpa sebarang peralatan adalah mustahil untuk masuk ke gerabak tersebut. Bau di situ sangat teruk."

OCSE yang turut dihadkan akses meninggalkan konvoi tersebut untuk kembali ke tempat kejadian.
Tidak kelihatan pasukan penyiasat antarabangsa di situ. Pihak berkuasa Ukraine memberitahu akan menyediakan kemudahan tempat tinggal untuk keluarga mangsa dan kemudahan bedah siasasat di bandar Kharkiv, yang terletak kira-kira 200 kilometer.

Puak pemisah di tempat kejadian enggan untuk memberita jumlah mayah di dalam gerabak mahu pun bila ia akan dibawa pergi. Pemandu kereta api memberitahu The Guardian, dia tidak tahu destinasi kereta api tersebut.

Pihak berkuasa di timur Donetsk berkata, sebanyak 196 mayat di temui di lokasi di mana pesawat penerbangan Malaysia itu terhempas. Semalam OCSE memberitahu, pihaknya telah dibenarkan melihat lebih banyak tempat kejadian, bagaimanapun tentera bersenjata menghalang mereka menghampiri bangkai pesawat.





Tiada ulasan: