Halaman

Khamis, 9 Oktober 2014

(Gambar) (Video) - Bukit Bintang Bergegar - Letupan Bom Tangan


KUALA LUMPUR: Pergaduhan melibatkan kumpulan gengster dipercayai sebagai punca insiden letupan di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang pada Khamis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kumpulan gengster mungkin menjadi punca kejadian letupan, yang dipercayai menggunakan bom tangan, tetapi polis sedang menyiasat kes itu dari semua sudut.

Seorang joki kereta cedera parah dalam letupan itu dan disahkan telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dan dimasukkan ke HKL dan Hospital Tung Shin.

Khairi berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 4.25 pagi.

"Ketika kejadian, sebahagian mangsa mahu menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire apabila satu bahan letupan jatuh ke arah mereka dari tingkat dua bangunan itu.

"Mangsa-mangsa merupakan pelanggan pub dan penghuni di hotel-hotel berdekatan.

"Sebuah kereta Toyota Camry, Mazda dan BMW turut rosak dalam letupan itu," tambahnya.

Kes itu diklasifikasikan sebagai cubaan untuk membunuh di bawah Akta Senjata Api.

Seorang Mangsa Letupan Bom Di Bukit Bintang Maut


PETALING JAYA: Seorang mangsa dalam kejadian letupan bom di hadapan Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada pagi Khamis meninggal dunia.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa yang merupakan pekerja joki kereta disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pagi Khamis.

Terdahulu, Khairi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi Khamis, sebanyak dua bom dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta bangunan itu.

"Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut," katanya.

Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dalam kejadian itu.

Mayat mangsa letupan yang meninggal, Tiong Kwang Yie tiba di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 3 petang Khamis.

Kwang Yie, 36 yang berasal dari Sarawak adalah joki di kelab malam di tempat kejadian.

Mangsa terbabit meninggal dunia ketika di dewan bedah hospital selepas mengalami kecederaan parah dalam kejadian itu.

Selain itu, jurucakap HKL memaklumkan, tiga mangsa insiden letupan bom di Jalan Bukit Bintang telah dipindahkan ke Hospital Ampang.

Bagaimana pun sebab permindahan ke Hospital Ampang tidak diperjelaskan.

"Salah seorang daripada mangsa tersebut merupakan warganegara Thailand dan dua lagi tidak didedahkan," katanya.

Menurut sumber (pengurusan mayat), isteri mangsa akan tiba dari Sarawak malam ini.

Bedah siasat mayat akan dilakukan pada pagi Jumaat.






Jumaat, 3 Oktober 2014

Tanah Bencah Setiu Wetlands Perlu Dipelihara





SETIU - Tabung Hidupan Liar Sedunia Malaysia (WWF-Malaysia) terus berusaha untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya Tanah Bencah Setiu dipelihara sebagai tempat haiwan berlindung dan membiak.

Ketua Projek WWF-Malaysia Tanah Bencah Setiu, Ani Aiza Ashaari berkata kawasan itu sangat penting dilindungi terutama sebagai habitat unggas, tuntung sungai, tuntung laut, buaya, dan penyu berlindung dari terancam.

"Lima puluh peratus daerah Setiu di Terengganu merupakan tanah bencah iaitu meliputi lembangan Sungai Chalok, Sungai Bari, Sungai Setiu dan Sungai Merang yang bercantum dan membentuk lagun yang bersambung antara satu sama lain.

"Kalau dikirakan, terdapat 4,000 hektar tanah bencah di muara-muara sungai berkenaan yang dipenuhi pokok-pokok gelam, bakau dan nipah yang menjadi tempat anak-anak ikan berlindung," katanya kepada Bernama.


Beliau mengadakan taklimat kesedaran dan pendidikan alam sektiar 'Cakap-cakap Sains: Tanah Bencah Setiu' kepada warga pendidik daerah itu di sini hari ini.

Pada program itu, lebih 100 guru dari 13 buah sekolah menengah dan 43 sekolah rendah di seluruh daerah Setiu mengambil bahagian.

Ani Aiza berkata, pokok-pokok gelam dan nipah yang tumbuh di sekitarnya amat penting dari segi biodiversiti sebagai tempat tuntung dan penyu berlindung dan bertelur.

Katanya, untuk memastikan pembiakan ikan laut terpelihara, tanah bencah memainkan peranan apabila pokok-pokok bakau yang tumbuh di sekitarnya menjadi tempat membiak, berlindung dan mencari makan sebelum ke laut luas.

Beliau berkata, antara lain program itu diadakan bagi memberi pendedahan dan pengenalan kepada usaha dan aktiviti pendidikan alam sekitar di daerah Setiu yang dijalankan oleh pelbagai pihak.

"Program ini kita harapkan dapat menyedarkan masyarakat tentang pentingnya kawasan ini dijaga dan dipelihara sebagai khazanah untuk generasi akan datang.

"Fokus kali ini terhadap para pendidik kerana kita harap guru-guru yang telibat dengan program itu dapat memainkan peranan menerangkan kepada murid dan masyarakat tentang pentingnya permata alam Terengganu dipelihara," katanya.

Ani Aiza berkata, selain program berkenaan, WWF-Malaysia turut mengadakan pertandingan kesedaran alam sekitar Tanah Bencah Setiu 'Permata Alam Terengganu WWF-Malaysia' untuk sekolah menengah dan rendah di daerah itu. - Bernama


    

Selasa, 16 September 2014

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 - Cheneh Ke Kijal Dibuka

Sebahagian lagi Lebuhraya Pantai Timur (lLPT) Fasa II yang menghubungkan Cheneh ke Kijal, Kemaman sejauh 56 kilometer (km) dijangka dibuka kepada pengguna jalan raya, sebelum Aidiladha.

Sebelum ini, LPT sama yang menghubungkan Jabor, Hulu Terengganu ke Cheneh, Kemaman telah dibuka pada 21 Julai 2014 lalu iaitu seminggu sebelum menjelangnya Aidilfitri. .

Ir Rosli, berkata, berdasarkan pemantauan pada Syawal lalu , laluan sepanjang 26 km itu menjadi laluan alternatif kepada orang ramai mengelak kesesakan yang sebelum ini menggunakan laluan pantai, Kemaman-Dungun dan Jerangau Jabor.

Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Terengganu, Ir Rosli Othman, berkata, apabila laluan Cheneh ke Kijal dapat beroperasi sebelum Aidiladha ini, dapat memendekkan lagi jarak perjalanan dan masa pengguna.

“Apabila LPT Fasa II dibuka sepenuhnya pengguna dari ibu negara, Kuala Lumpur boleh datang ke Terengganu dalam masa tiga hingga empat jam saja, “katanya.

Untuk rekod, LPT 2 sepanjang 184 kilometer yang bermula dari Jabor, Kemaman ke Kampung Gemuruh, di Kuala Terengganu Utara itu adalah kesinambungan projek LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006.

Projek itu terbahagi kepada 16 pakej iaitu 15 pakej dilaksanakan Jabatan Kerja Raya yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Ahad, 14 September 2014

Perarakan Bot Terbesar Dunia di Terengganu 2014 (Gambar)


Malaysia berjaya pecah rekod dunia Perarakan Bot Terbesar di Dunia, disertai oleh 1,180 buat bot di Kemaman, mengalahkan rekod lama yang dicatat di Sungai Thames, London tahun 2012 dan diiktiraf sebagai rekod baru dalam The Guinnes World Record.












Ahad, 7 September 2014

EYCC Ride To Tembakah Merdeka 2014 (Sungai Bari Rider) - Video

EAGLE YOUNG COMMUNITY CLUB atau (EYCC) adalah sebuah Persatuan Komuniti Belia yang berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Kelab yang berteraskan motorsikal, rekreasi, dan kesukarelawan ini membuka penyertaan secara terbuka kepada semua individu yang berminat tidak mengira jantina, umur dan keturunan.

EYCC Ride To Tembakah Merdeka 2014 (Sungai Bari Rider) adalah program konvoi bermotosikal terbuka yang dianjurkan oleh kelab sempena ''Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-57''. Peserta konvoi berkumpul di Kampung Sungai Bari, Setiu dan seterusnya berkonvoi beramai-ramai dengan semangat patriotik yang tinggi menjulang ''Jalur Gemilang'' di motorsikal masing-masing berarak ke Lata Tembakah di Besut. Sesampainya peserta konvoi di Lata Tembakah, masing-masing tidak mahu melepaskan peluang mandi manda di Lata Tembakah menikmati anugerah alam yang cantik lagi memukau di bumi Malaysia. Disini Lahirnya Sebuah Cinta.... Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia!!!!.


Rabu, 20 Ogos 2014

Gotong Royong Perdana Daerah Setiu Peringkat Kampung Sungai Bari

Antara mereka yang hadir pada program gotong royong bergambar kenang kenangan.
Program Gotong Royong Perdana Daerah Setiu peringkat Kampung Sungai Bari 2014, terima kasih Tuan Pegawai Daerah Setiu sempat hadir untuk meraikan program gotong-royong bersama masyarakat Sungai Bari. Muafakat membawa berkat...










Jumaat, 15 Ogos 2014

Lembu Terbesar Di Kampung Sungai Bari

Salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia adalah lembu atau dalam bahasa Inggerisnya cattle/cow. Di Malaysia, lembu merupakan haiwan yang penting semenjak dahulu lagi. Pada zaman dahulu lembu menjadi harta yang sangat berharga seperti bidalan "lembu kerbau penuh sepadang". Lembu juga menjadi alat yang penting bagi sektor pertanian dan pengangkutan di mana lembu digunakan bagi membajak sawah dan sebagai haiwan penarik kereta lembu. Lembu juga merupakan sumber makanan penting dalam diet manusia dengan membekalkan sumber daging merah utama yang penuh dengan protein.

Cucu Che Mah, Ahmad Imran bersama lembu charolais yang dibela olehnya.

Lembu terbesar yang pernah dipelihara di Kampung Sungai Bari, Setiu, Terengganu adalah lembu dari baka Charolais yang dimiliki dan dipelihara oleh Che Mah atau lebih dikenali sebagai ''Pok Mat''. Beliau menternak lembunya dengan dibantu oleh anak-anaknya, bangsal untuk lembunya dibina di tepi rumah beliau kerana beliau merasakan adalah lebih selamat untuk lembunya tinggal di kawasan berdekatan dengan rumahnya selain memudahkan urusan memberi makan untuk lembunya. Lembu tersebut diberi makan 3 kali sehari, makanan fidlot yang bermutu akan diberikan setiap hari untuk tumbesaran lembu selain diberi makan rumput yang telah dipotong oleh anaknya untuk mengemukkan lagi lembunya yang sentiasa berselera untuk makan.










Definisi Lembu :-
Lembu
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Mamalia
Order: Artiodactyla
Famili: Bovidae
Genus: Bos
Binomial: Bos spp.

Sumber :-
Facebook Ahmad Imran
Facebook ErNa Naa 

Khamis, 24 Julai 2014

Breaking News - Penerbangan Air Algerie AH5017 Hilang Dari Radar

Algiers - Air Algerie berkata ia terputus hubungan dengan salah satu pesawat penumpang hampir satu jam selepas berlepas dari Burkina Faso pada hari Khamis 24 Julai 2014.





"Perkhidmatan navigasi udara telah terputus hubungan dengan kapal terbang Air Algerie pada Khamis 24 Julai 2014 terbang dari Ouagadougou ke Algiers, 50 minit selepas berlepas," kata syarikat penerbangan itu, yang dipetik oleh agensi berita nasional APS.

Ia berkata syarikat itu memulakan 'pelan kecemasan "dalam mencari AH5017 penerbangan yang mengadakan penerbangan di laluan penumpang empat jam empat kali seminggu. Sumber syarikat memberitahu AFP bahawa pesawat yang hilang adalah DC-9, yang boleh menampung sehingga 135 beberapa penumpang, disewa dari sebuah firma Portugis. Menurut sumber dalam Air Algerie, berkemungkinan terdapat 110 orang di atas kapal penerbangan.


 - AFP / ir

Rabu, 23 Julai 2014

Inkubator Di Kawasan Perindustrian Sungai Bari, Setiu, Terengganu

INKUBATOR

Inkubator adalah program pembangunan ekonomi yang ditubuhkan untuk meningkatkan kejayaan dan perkembangan di dalam perniagaan. Untuk merealisasikan matlamat tersebut, perniagaan yang baru dimulakan akan dilengkapi dengan kemudahan, sumber, kelengkapan, dana dan bantuan perkhidmatan untuk
membantu mereka menempatkan diri dalam pembangunan fasa pertama. Matlamat program inkubator ini adalah mewujudkan perniagaan sehingga berjaya bergerak sendiri dan mempunyai kewangan yang stabil. Perniagaan yang telah tamat program inkubator ini mampu bergerak dengan sendirinya dan akan mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan ekonomi tempatan dan mengkomersilkan teknologi terbaru.

Terdapat 6 unit inkubator yang dibina oleh kerajaan di Kawasan Perindustrian Sungai Bari, Setiu, Terengganu bagi perniagaan bengkel kimpalan, kenderaan, jentera, elektronik dan industri berkaitan yang lain. Inkubator ini dibina bagi meningkatkan ekonomi setempat dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar bagi meminimumkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar bandar besar yang amat merugikan dari segi impak pertumbuhan desa. Selain itu juga potensi mereka dalam menceburi bidang keusahawanan dapat dikembangkan lagi.

Inkubator di Kawasan Perindustrian Sungai Bari sedang dalam pembinaan.
Lokasi Inkubator di Kawasan Perindustrian Sungai Bari

6 unit Inkubator di Kawasan Perindustrian Sungai Bari, Mukim Hulu Nerus, Setiu bagi perniagaan bengkel kimpalan/ kenderaan/ elektronik dan lain-lain yang berkaitan. - See more at: http://setiuku.blogspot.com/2013/12/iklan-tawaran-sewa-inkubator-di-kawasan.html#sthash.0U3jTkbt.dpuf
6 unit Inkubator di Kawasan Perindustrian Sungai Bari, Mukim Hulu Nerus, Setiu bagi perniagaan bengkel kimpalan/ kenderaan/ elektronik dan lain-lain yang berkaitan. - See more at: http://setiuku.blogspot.com/2013/12/iklan-tawaran-sewa-inkubator-di-kawasan.html#sthash.0U3jTkbt.dpDi Kawasan Perindustrian Sungai Bari, Setiu, Terengganu

Selasa, 22 Julai 2014

(Gambar) - Mayat Mangsa Nahas MH17 Di Dalam Gerabak Keretapi

GERABAK yang menjadi tempat simpanan mayat mangsa tragedi MH17 yang diletakkan di stesen Torez, timur Ukraine.








Mayat mangsa tragedi MH17 kini disimpan di dalam tiga gerabak kereta api yang dipercayai mempunyai keupayaan sejuk beku di stesen kereta api di Torez beberapa kilometer dari tempat kejadian di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

The Guardian menyaksikan ketibaan delegasi Pertubuhan Kerjasama dan Keselamatan Eropah (OSCE) iaitu badan pemantau antarabangsa untuk memeriksa gerabak tersebut, sambil diiringi konvoi tentera pemberontak yang sarat dengan senjata.
Sebaik salah sebuah pintu besi gerabak dibuka kelihatan beg-beg hitam yang mengandungi mayat manakala bau mayat menusuk hidung.

"Misi pemantau khas yang sudah tiga hari menguruskan insiden tersebut kini memantau lokasi di masa mayat-mayat disimpan di dalam tiga gerabak, " kata timbalan misi , Alexander Hud.
Jurucakap misi, Michael Bociurkiw menambah: "Tanpa sebarang peralatan adalah mustahil untuk masuk ke gerabak tersebut. Bau di situ sangat teruk."

OCSE yang turut dihadkan akses meninggalkan konvoi tersebut untuk kembali ke tempat kejadian.
Tidak kelihatan pasukan penyiasat antarabangsa di situ. Pihak berkuasa Ukraine memberitahu akan menyediakan kemudahan tempat tinggal untuk keluarga mangsa dan kemudahan bedah siasasat di bandar Kharkiv, yang terletak kira-kira 200 kilometer.

Puak pemisah di tempat kejadian enggan untuk memberita jumlah mayah di dalam gerabak mahu pun bila ia akan dibawa pergi. Pemandu kereta api memberitahu The Guardian, dia tidak tahu destinasi kereta api tersebut.

Pihak berkuasa di timur Donetsk berkata, sebanyak 196 mayat di temui di lokasi di mana pesawat penerbangan Malaysia itu terhempas. Semalam OCSE memberitahu, pihaknya telah dibenarkan melihat lebih banyak tempat kejadian, bagaimanapun tentera bersenjata menghalang mereka menghampiri bangkai pesawat.





Khamis, 17 Julai 2014

Pemuda Sungai Bari - Rileks di Tasik Kenyir 2013


''Rileks di Tasik Kenyir'' adalah program sehari semalam di atas house boat di tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara iaitu Tasik Kenyir. Program ini hanyalah aktiviti santai rileks2 selepas penat menempek bendera parti-parti politik kegemaran masing2 semasa kempen bahang Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13 yang PANAS lagi MEMBARA. Peserta adalah terdiri daripada pemuda dan belia Kampung Sungai Bari yang ingin lari seketika dari hiruk pikuk di Cabang Langkap pasca PRU13... Hilangkan stress! mari kita pakat mengail ikang..

Gambar :-