Halaman

Khamis, 15 Mei 2014

Sungai Bari Pembekal Solar Terbesar Di Malaysia

Sungai Bari di daerah Setiu, Terengganu bakal menjadi pembekal dalam industri solar terbesar di negara ini apabila projek yang bernilai RM38.5 juta itu beroperasi kelak disini di Kawasan Perindustrian Sungai Bari.


Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan negeri, Dato’ Haji Tengku Putera Tengku Awang berkata, projek industri solar di Sungai Bari, Langkap itu telah diluluskan kepada Syarikat Synergy Generated Sdn Bhd.

“Industri solar merupakan sumber baru dan industri ini akan menjadi pembekal solar terbesar di negara ini,”. ,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman semalam.

Dato’ Haji Tengku Putera (BN-Kuala Berang) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Dato’ Sabri Mohd Noor (BN-Langkap) mengenai perkembangan terkini industri solar di Setiu serta peluang pekerjaan yang wujud hasil pelaburan tersebut.

“Saya sangat yakin industri ini menjadi asas kepada pembangunan keseluruhannya serta sumber daripada solar ini merupakan perkara baru di negara kita,” katanya.

Katanya, Langkap merupakan kawasan pertumbuhan baru yang perlu dimajukan sebagai sumber negeri dan tempias kemakmuran ekonomi negara juga patut dirasai juga oleh masyarakat tempatan.

“Kerajaan turut bercadang membuka peluang kepada pelabur bertapak di kawasan perindustrian Sungai Bari dan Saujana di Setiu dan memberi jaminan menyegerakan urusan berkaitan kelulusan tapak dan sebagainya dalam usaha menarik lebih ramai pelabur bertapak disitu,” katanya.

Katanya, semua kawasan industri yang terdapat di negeri ini sebenarnya memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dengan pembangunan lestari disetiap daerah.












Tiada ulasan: