Halaman

Khamis, 15 Mei 2014

Dewan Futsal Komuniti Dun Langkap, Sungai Bari, Setiu, Terengganu

Dewan Futsal Komuniti Dun Langkap adalah sebuah gelanggang futsal berbumbung yang dibina dengan kos RM500,000 oleh kerajaan pusat untuk kemudahan riadah bagi peminat sukan futsal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Setiu, Terengganu. Dewan futsal ini dibina di Kampung Sungai Bari, terletak berdekatan dengan kawasan perindustrian Sungai Bari dan mudah di akses pengguna kerana terletak di pinggir Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.

Dewan futsal ini bukanlah dibina khusus hanya untuk kegunaan penduduk Kampung Sungai Bari tetapi meliputi semua kampung-kampung yang terdapat di dalam Dun Langkap, pengguna yang ingin menggunakan kemudahan ini hanya dikenakan sedikit caj per jam yang berpatutan jika dibandingkan dengan dewan dan gelanggang futsal milik swasta. Mereka boleh menempah gelanggang terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan.

Kerajaan negeri mahupun kerajaan Pusat sentiasa meyokong penuh usaha memperkasa dan menggalakkan aktiviti sukan dalam kalangan belia di negeri ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Rusli Yusoff berkata, bagi menggalakkan lagi pembangunan sukan di Terengganu, "Sehingga kini, Kementerian Belia dan Sukan telah membina 170 gelanggang futsal di seluruh Terengganu,” ujarnya.

Menurut Rusli, bagi tujuan pembangunan dan mengurus aktiviti sukan, sebanyak 111 Gelanggang Futsal 1 Malaysia disediakan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu melalui Rancangan Malaysia Ke-9, Rancangan Malaysia ke-10 dan peruntukan 1 Gelanggang 1 Mukim.

Katanya, dengan segala kemudahan yang disediakan kerajaan ini diharap dapat mengurangkan gejala sosial di kalangan remaja dan digunakan sebaik mungkin oleh mereka sebagai tempat beriadah.

Berhubung dengan kami di :-

- Telefon - +60 13-941 6602 (Untuk Tempahan Gelanggang Sahaja)

- Alamat - Gelanggang Futsal Komuniti Dun Langkap, Kampung Sungai Bari, 21500 Sungai Tong, Setiu, Terengganu.

LAMAN SOSIAL :-



Facebook - Sila klik - https://www.facebook.com/KampungSungaiBari

Foursquare - Sila klik - https://foursquare.com/v/dewan-futsal-komuniti-dun-langkap/5070be02e4b0c9f5cfed016a 

TwitterSila klik - https://twitter.com/SungaiBari



Tiada ulasan: